Friday, November 4, 2011

ALFATIHAH BUAT ARWAH AYAH



Kehilangan yang tiada gantinya.... sesungguhnya Allah lebih menyayanginya...

Friday, October 9, 2009

SEBUAH PERJALANAN

perjalanan ini
menghambat sebuah destinasi
yang semestinya kita sampai....

perjalanan ini
memengertikan kewujudan jasad dan nyawa
yang membawa cerita dunia

perjalanan ini
sudah termetri tanpa diketahui
bila kita akan berhenti
menanggung kanan dan kiri

Selama kita berjalan
sempatkah kita toleh ke belakang
melihat darjat diri
sempatkah kita membaiki
beban di kiri
sempatkah kita menokok kanan
yang semakin ringan...

Kesian pada perjalanan yang panjang
jika langkah ke neraka begitu senang
lainlah mereka yang selalu beringat...

syukur pada perjalanan yang singkat
kerana dosa hanya sekejap...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Thursday, August 13, 2009

MUSIM BUAH DI SIK KEDAH

Mak talipon ... Suruh balik kampung juga ... Buah buahan tak dak sapa nak ambik... Ingat nak pi Shah Alam hantaq anak buah daftar kat UiTM buat Degree... Tapi kena balik kampung ambik buah pulak.... Balik khamis , jumaat ambik cuti (kat kedah memang jumaat cuti) dapat juga anak-anak aku jumpa sepupu depa... Seronok bukan main... tak larat nak makan lagi dah... Waktu balik ke sini , Bonet kereta aku penuh dengan buah je... beg pakaian taruk kat seat belakang... Mak aku suruh sedekah kat saudara dan jiran kat sini... Katanya makin jauh buah ni berjalan, rezeki bertambah tambah setiap tahun.... mmmmm

Thursday, August 6, 2009

ANAK AKU DAN KAMERA DIGITAL IBUNYA






Time nak download pict ke computer tetiba aku terlihat photo photo yang bukan ilham aku dan isteriku... rupa rupanya jatuh ke tangan puteri enam tahun ini... inilah antara hasilnya.. nak marah pasal ambik tanpa kebenaran pun dah tak jadi

Saturday, August 1, 2009

APA ADA DI SEBALIK TUBUH BERNYAWA INI...



Aku, Bahagia dengan hidupku sekarang... berbagai rencam hidup pernah ku lalui... Aku mengenal erti sahabat.... kawan dan lawan.... Cemburu, irihati dan hasad dengki sentiasa bermain di jiwa sanubari mereka bernama manusia.... Aku masih seorang pengembara.... belum masa aku pulang... entah bila... terlalu banyak hutang yang aku pikul... hutang sebagai seorang hamba kepada penciptaNya...

1989 : - Aku pernah berkelana selepas SPM di satu kawasan Perindustrian Mak Mandin, Penang... bergelumang dengan tuna dari kiub air batu... terasa macam pekerja restoren cina dalam filem hong kong... Pulang dengan bau sardin sampai ke rumah sewa... santapan harian air suam dan nasi lemak 2 bungkus pagi dan malam setiap hari.... berjalan kaki ke kilang sardin REX setiap hari.. cukup bulan gaji tak sampai RM200.00... 2 Bulan je aku tahan...muka penuh jerawat resdung.. BALIK KAMPUNG....


1990 :- Aku sebagai seorang PENOREH GETAH di kebun bapa aku... sekilo getah skrap masa tu lebih kurang 80 sen je. 3-4 hari kutip skrap dapat laRM30.oo hinggit. bahagi 2 ngan mak aku dapat la RM 15.. kadang kadang tak gi noreh pasal hujan.. Pokok basah... air hujan meleleh kat batang pokok dan bawa susu sekali... so susu tak masuk pot(bekas susu) atau tempurung kelapa. Keputusan SPM keluar aku gagal mendapat keputusan yang baik. cuma aku boleh berbangga dengan BM (A1) dan Pendidikan Islam (A2)... yang lain jangan tanya... Terpaksalah aku menoreh getah gamaknya... Aku daftar SPM kali kedua ambik private. tukar dari Sains ke Sastera... Belajar sendiri... Dapat tawaran masuk ILP dengan sepupu, course Penyejuk Bekuan dan Penghawa dingin... Aku telah bertekad Nak masuk ITM so aku tolak tawaran tu... keluarga aku tetap menyokong pendirian aku... Aku teruskan menoreh sambil belajar... Bapa aku dah percaya dengan kepakaran aku menoreh getah dan memberi kawasan pokok muda kerana tiada luka yang boleh menyebabkan kecacatan pada kulit pokok... PERGH BANGGA sebagai seorang penoreh CEMERLANG...
1991 : - Keputusan SPM di hantar ke rumah oleh posmen... walau keputusan sebenar dah di keluarkan 2 hari sebelumnya... Buka sampul.. AKU tersenyum Lebar... PUAS walau tak sepenuh jiwa.... Memohon Tingkatan 6 dan ITM (Art & Design).. Di terima masuk T.6 tapi keputusan masuk ke ITM aku pada second intake pada bulan 12... kemasukan Januari 1992. So belajar dulu la kat form 6. first Intake dah masuk bulan Jun.

1992 : - AKU bergelar penuntut Institut Teknologi Mara , Shah Alam... Tinggal kat Jati sec.2... Di sini aku mengenal sepenuhnya minat aku pada seni....... seorang Budak ULU dari kawasan pendalaman di Kedah ingin menjadi Seniman.... Aku mengenal rakan rakan yang kini bergelar usahawan, pensyarah (prof) Hamidi, Aznan, Syed Alwi, ... Aku mula kenal para SIFU @ Otai-Otai seni seperti Sulaiman Esa, Ponirin Amin, Tn Haji Zakaria, Ramlan Abdullah, Awang Damit, Din Omar, Hasnol Jamal Saidon, Amron Omar, Tang Tuck Kang, Yusuf Ghani, Joseph Tan, Ruzaika Ahmad Baseri, Baharuddin, Jailani Abu Hassan, Shuhaimi Tular, Zulkifli Yusof, En. Bahaman, Jamil md Isa dan ramai lagi tenaga pengajar ITM masa tu....
1995 : - Final year busy dengan DIPLOMA SHOW
1996:- Aku baru mula menjejak kaki ke KL.. mencuba nasib di bumi konkrit ini... Mula ingat nak jadi Full Time Artist . 1st Pameran after grad dibawah kelolaan Bayu Utoma Radjikin Masa 1st menganggur tu teringat terpaksa tunggu Hamidi balik kerja nak pinjam RM 2 hinggit pasal dari pagi tak de isi perut... pagi makan biskut kering cicah air teh o, petang baru merasa nasi lemak... mmmm macam kerja kat kilang sardin juga...
1st- Kerja ngan Stains Glasses di Kelana Jaya buat kaca tingkap berwarna warni... tak tahan abuk dan kimia.
2nd- Keje ngan PERISAI WIRA COMMUNICATION anak syarikat DMG HOLDING ( Datuk Mohd Ghani) presiden bekas perajurit, antara Pengimport kereta mewah terpakai terbesar masa tu. mula berjinak jinak dengan Photoshop 3.0. Balik kerja melepak Kat Central Market kat Kedai Hameed dengan para artis muda samada formal atau tidak formal membincangkan hal seni dan kalau ada rezeki dapat la lubang cari duit. Lepak ngan Ahmad Fuad Osman, Zaki Harun shaari, Hamidi, Daud, Azman dll.
1997 :- Aku bertukar ke SASYAZ KREATIF Sdn. Bhd . Berjaya mendapat kontrak PESTA FLORA : FABLES & LEGEND dari Tourism Malaysia. Kejayaan pertama aku yang terbesar sebagai Grafik Artist dan Designer. Sambil tu aku masih aktif dengan rakan rakan artis dan berpameran dalam COMING TOGETHER di PELITA HATI GALERI...
1998 :- Rakan rakan mula berpecah mengikut haluan masing masing... Hamidi, Daud, Aishah, Aznan, Syed Alwi ke ITM manjung sebagai tenaga pengajar, Amin balik Ipoh kerja kat Pusat kesenian Perak, Shaari masuk Maktab sebagai guru dan posting kat Sabah. yang tinggal hanya aku di sini. Arah mana aku nak tuju.... Teruskan sebagai Designer dan Destop Publisher kat Sasyaz Kreatif... masih berkarya tetapi kurang input kerana sudah tidak ada perbincangan secara teliti dengan rakan rakan.

1999 : - Tahap kesunyian di ibukota... aku melamar isteriku sekarang bulan Nov Kahwin. Dapat offer buat KPLI pengajian Seni kat MPTB

2000:- KPLI kat Maktab Perguruan Tuanku Bainun teringat en. Hasbolah, En Razif dan En Halim yang telah berpindah ke UPSI.... Kawan kawan sekuliah Zul, Salawi, Nazri, Ridzuan Dll


2001:- 1st Posting sebagai pendidik.... lokasi di depannya Pusat Darah , BLSN, kat belakangnya Tasik. Tempatnya strategi kalau sakit terus masuk Hospital, Tak cukup darah kat depan sekolah je, Kalau rasa tension Lepak kat tasik. Aku cuba mendedahkan kepada mereka apa yang ada pada seni kepada mereka yang meminggirkan seni. Betapa besarnya tanggungjawab sebagai pendidik. Pendidik akan menentukan arah tuju masa depan negara. Bermula bicara ilmu kepada watak watak penghias masyarakat. Menggamit rasa cinta kepada keperibadian. Menolak angkara jiwa jiwa ketandusan. Merasuk cinta kepada persekitaran. Seni bukan untuk hiasan tetapi pengamatan mendalam. Jika anda melihat sesuatu... amatilah ia.. bagaimana bentuknya... ingatilah sifatnya.... pinjamkan akal anda untuk sebuah memori dan anda akan melihat sesuatu yang lebih indah dari kebenaran di mata. Anda tidak lagi melihat dengan mata... anda akan merasa dengan hati dan jiwa. Tanpa melihatnya anda akan mengingatinya sentiasa...

2007:- Tahun terakhir aku di Kuala Lumpur, banyak konflik jiwa aku di kota ini . Mencari jiwa-jiwa tenang di tempat yang jauh dari metropolitan. Bukan lari tetapi mencari sesuatu yang masih kosong dalam diri....


2008:- Bertapak di bandar lama tetapi kecil... dipenuhi bangunan-bangunan lama bersejarah
. Lokasinya di tepi Sungai Perak. Masyarakat berpandangan terlalu naif terhadap seni. mereka lebih menumpukan pada teknologi dan sains padahal di sini terlalu banyak punca ilham dan melahirkan ramai seniman seperti Hasnul Jamal Saidun & Jamal Abdillah. Tugasku bertambah rumit dengan pemikiran akar umbi ini.
2009 - 10 :- Aku mula mengenali bandar kecil bernama Teluk Intan dari sahabat sahabat baru... Bandar yang baru membesar.. Baru nampak McDonald, Pizza Hurt, Secret Resepi..dulu penuh kat KFC aja. Stesen Bas baru dah mula operasi. Tapi yang paling digemari dan famous kat Teluk Intan ialah Nasi Kandar Restoran Nasi Lambai, Rojak & Mee Mastan Ghani, Gulam Rasul, Restoran Nikmat... Aku mula mencintai Teluk Intan dengan suasananya yang klasik. Mula muncul Pasaraya baru yang memberi saingan kepada Billion dan The Store seperti Giant, TF & Ten Ten. Nak berjalan malam dah ada Gerbang Malam... Sabtu Malam Ahad boleh menjengah Pasar Malam di Bandar Teluk Intan, Pagi Ahad boleh cari sarapan kat Pasar Tani. ha ha ha ha... berat badan aku dah bertambah 10 kg sejak duduk kat Teluk Intan ni...

Thursday, May 14, 2009

WIDURI


WIDURI

Di suatu Senja di musim yang lalu
ketika itu hujan rintik
Terpukau aku menatap wajahmu
di remang cahaya sinar pelangi
Lalu engkau tersenyum
Ku menyesali diri
tak tahu apakah erti senyummu

Dengan Mengusap titik airmata
Engkau bisikkan deritamu
tersentuh hati dalam keharuan
setelah tahu apa yang terjadi
sekian lamanya engkau
hidup seorang diri
ku ingin membalut luka hatimu

Widuri... Elok bagai rembulan
Widuri... Indah bagai lukisan
Widuri... Bukalah pintu hati untukku
Widuri... Ku akan menyayangi..

Friday, May 8, 2009

BERSAMA KARYA SHAARI SALLEH 1995

Kesan dari pencemaran alam sekitar

PRU 12 : PERJALANAN DARI KUALA KANGSAR KE BALING





Esok mengundi... Calon memancing undi....Lepas tu Lupa diri... mmmm ahli politik memang macam tu... Alasan sibuk akan menjadi manis mulut.... Jumpa lagi PRU akan datang kalau masih sudi menabur bakti (eerr bakti ke janji je) he he he... jangan marahhh aaaaaaaaaa....

DARI LUAR TINGKAP KERETAKU : GRIK KE BALING





Thursday, May 7, 2009

ONCE DEWA 19 : AKU MAU


KU CINTA KAU APA ADANYA (AKU MAU)
NYANYIAN : ONCE DEWA 19


KAU BOLEH ACUHKAN DIRIKU
DAN ANGGAP KU TAK ADA
TAPI TAKKAN MERUBAH
PERASAANKU...KEPADAMU

KU YAKIN PASTI SUATU SAAT
SEMUAKAN TERJADI
KAU KAN MENCINTAIKU
DAN TAK AKAN PERNAH
MELEPASKU

AKU MAHU MENDAMPINGI DIRIMU
AKU MAU CINTAI KEKURANGANMU
SELALU BERSEDIA BAHAGIAKAN MU
APA PUN TERJADI
KUJANJIKAN AKU ADA

KAU BOLEH JAUHI DIRIKU
NAMUN KU PERCAYA
KAU KAN MENCINTAIKU
DAN TAK AKAN PERNAH
MELEPASKU

AKU MAHU MENDAMPINGI DIRIMU
AKU MAU CINTAI KEKURANGANMU
SELALU BERSEDIA BAHAGIAKAN MU
APA PUN TERJADI
KUJANJIKAN AKU ADA

AKU MAHU MENDAMPINGI DIRIMU
AKU MAU CINTAI KEKURANGANMU
AKU YANG RELA TERLUKA
UNTUKMU SELALU

AKU MAHU MENDAMPINGI DIRIMU
AKU MAU CINTAI KEKURANGANMU
SELALU BERSEDIA BAHAGIAKAN MU
APA PUN TERJADI
KUJANJIKAN AKU ADA

SINGGAH SEBENTAR DI TASIK RABAN



ADRIANA BERCERITA TENTANG SEJARAH