Wednesday, April 8, 2009

Di Mana Si Puntum



Dari pengalaman secetek ini, ku luahkan ke hamparan putih kanvas, helaian kertas ku conteng hingga kelam, ku kotorkan dengan palitan warna, kepingan papan ku bakar, ku guris, ku tetak dengan pisau sebesar jari... Rupanya diriku di bungkus emosi, Hatiku dilapah oleh pengamatan yang teramat dekat sehingga aku kabur untuk melihatnya. Penglihatanku juling ke barat. Aku hilang punca antara teknologi, ideologi dan aku sendiri.

Tapi Aku masih di sini, berpijak pada bumi yang telah hilang isinya. Nescaya kau ketawa membaca setiap baris di utuskan. Mungkin kau menangis pada wajah si Puntum yang menceraikan nyawa dari jasad Birch yang tidah membasuh kaki di ruang tamu Maharaja Lela.

Patutlah Bapa jerkah, Ibu marah, Datuk sindir, Nenek berleter melihat aku. Aku membisu melihat cerita di kaca TV. Propoganda tentang Amerika, Penjajah Budaya. Meluaskan Empayarnya di mana sahaja. Tapi aku masih alpa bila di uliti fantasi teknologi yang kononnya hebat, Tapi aku sebenarnya merenung kosong ke Skrin biru itu. Hero tetap hero, sukar untuk mati.... yang mati adalah pemerhati... pemerhati adalah AKU... Di mana aku letakkan kiliran Budi warisan moyang. Adakah aku anak merdeka 39 tahun yang lampau. Adakah merdeka itu membunuh intelektual bangsaku. Atau Bangsaku yang membunuh intelektual dirinya dan membiarkan watak Birch menari di jiwa...Adakah ini yang dipinta kemajuan....Wasiat datuk, Pesan Nenek, Nasihat Ayah, Semangat Ibu....

"PERGILAH ENGKAU KE BARAT MENCARI TEKNOLOGI
JANGAN PULANGMU MUDARAT DENGAN IDEOLOGI
CARILAH PENAWAR DI BUMI SENDIRI
AKAR YANG TERTANAM PENILAI BUDI
JANGAN JADI LALANG PENYEMAK PERMATANG
MENGHALANG PADI BERISI
KELAK TANGISMU DITERTAWA GENERASI"
catatan
Abadi M. A
1996

No comments: