Protes Sang Kerbau menguak di bendang
kerana kubangnya kekeringan
Katanya...
Sang Murai mulutnya becok
kerana sarapan dimakan tupai
Katanya Beruk itu ketawa kegelian
Mungkin kutu mengigit pusat
Katanya...
Helang terbang tinggi
Mungkin mangsa sedang bersembunyi
Katanya...
Semua tak mahu mengalah
kerana perasan kancil sebesar gajah..
Catatan Bukit Mertajam 2000
No comments:
Post a Comment